Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 ROZALIMAN MENDAHULUI SENARAI PUNGUTAN MATA

Go down 
AuthorMessage
energy_boyz
Track Officer
Track Officer



Posts : 14
Join date : 2008-09-10

ROZALIMAN MENDAHULUI SENARAI PUNGUTAN MATA Empty
PostSubject: ROZALIMAN MENDAHULUI SENARAI PUNGUTAN MATA   ROZALIMAN MENDAHULUI SENARAI PUNGUTAN MATA EmptyFri Sep 12, 2008 3:34 am

ROZALIMAN MENDAHULUI SENARAI PUNGUTAN MATA Tg06_112





Setelah separuh perjalanan musim ini, perlumbaan Piala Yamaha Givi menyaksikan keputusan diluar jangkaan. Menjadi penyumbang utama pelumba dalam kelas terbuka Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta, perlumbaan satu pengeluar ini adalah peluang dan asas untuk permulaan bagi mereka yang terlibat. Pengurus pasukan sentiasa tajam memerhatikan bakat-bakat muda ini dilitar sementara pelumba pula mahu pamerkan aksi terbaik supaya dapat dipancing seperti yang telah dibuktikan oleh jaguh musim lalu, Zaidy Md Zaifaizal yang kini berlumba untuk pasukan Motul KMC YY Pang.

Saingan pembuka tirai Mei lalu, Shazuan Azrulizam tidak melepaskan peluang menakluk litar Sepang dalam masa 11:25.538s. Md Adib Rosley berada di tempat kedua (11:28.072s) mendahului md Rozaliman Zakaria yang menamatkan 8-pusingan dalam masa 11:28.944s.

Berusia 14 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah mencuri tumpuan di Kota Bharu bersama jentera Yamaha 135LCnya apabila mengenepikan Rozaliman dan Md Azhar Abd Jalil untuk merampas bendera kemenangan. Dia menamatkan saingan dalam masa 7:51.952s, beza 2.708s dengan pelumba di tempat kedua dan 5 saat dihadapan Azhar yang menduduki tempat ketiga.

Selepas dua pusingan, Hafizh, Rozaliman dan Shazuan berkongsi tangga pertama dengan 36 mata manakala Azhar dan Adib turut terikat dengan 29 mata, membuktikan sengitnya saingan Piala Yamah GiVi.

Apabila Kejuaraan dilangsungkan di tempat asalnya untuk pusingan ketiga, Rozaliman berjaya menguasai litar tersebut dan muncul juara dalam masa 7:45.110s. Haffiz dan Azhar pula merupakan dua lagi pelumba yang turut menamatkan perlumbaan dalam masa 7:45s, sekaligus menempatkan mereka berdua di atas podium kemenangan.

Ini bermakna, misi Rozaliman telah berjaya memisahkannya dari ikatan tiga penjuru dan terus mendahului senarai pungutan mata dengan 61 mata. Dia kini 12 mata mendahului Shazuan (49 mata) manakala Azhar kekal di tangga ketiga dengan 45 mata, sedikit melebihi Abd Haffiz Rashid yang mengumpul 42 mata.

Memperbaiki kedudukannya setiap pusingan, Rozaliman sentiasa menamatkan perlumbaan di podium. Dia bermula dengan menduduki tempat ketiga di pusingan pertama, kedua di pusingan kedua dan merampas bendera kemenangan di pusingan ketiga.

"Saya cuba lakukan yang terbaik, dan hasilnya cukup memuaskan hati. Saya teruja dengan persembahan saya ini dan berharap dapat kekalkan kemenangan dalam pusingan seterusnya. Saya juga turut berbangga dengan Yamaha yang menaja perlumbaan satu pengeluar dan membuka pintu kepada pelumba-pelumba muda seperti saya. Saya pasti, ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan ini," jelas Rozaliman yang merahsiakan strateginya.

Saingan Piala Yamaha GiVi berehat seketika selepas pusingan di Kuala Terengganu kerana Kejuaraan berkunjung ke Sarawak dan Sabah dimana perlumbaan disini memberi peluang kepada pelumba-pelumba tempatan pula mempamerkan bakat mereka. Buruan Rozaliman dan kemunculannya akan kembali selepas Ramadhan dan Syawal. Pusingan ke-4 dan ke-5 masing akan dilangsungkan di Batu Kawan dan Kangar dan ia akan berakhir di tempat ia dimulakan iaitu di Litar Sepang.
Back to top Go down
 
ROZALIMAN MENDAHULUI SENARAI PUNGUTAN MATA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Senarai Perlawanan & Kedudukan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sport Discussion :: Cub Prix-
Jump to: